Friday 6 May 2011

VISI DAN MISI SKBJ

VISI
 
Melahirkan insan yang berkualiti
Menjelang tahun 2011
 
MISI
 
Berusaha melahirkan individu
yang berketerampilan dari aspek
Akademik, Sahsiah dan
Ko-Kurikulum selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berkaitan SKBJ

SEJARAH SEKOLAH
 
Bangunan sekolah ini mula dibina pada pertengahan tahun 2000. Sekolah ini diselia
 pembinaannya oleh Syarikat Kinta Samudra Sdn. Bhd. Dan dibina oleh Syarikat Jernih
 Quary Sdn. Bhd. Pada awal pembukaannya sekolah ini  menumpang di Sekolah KAFA al-
Awwabin, dinamakan SK Batang Berjuntai dengan warga pendidiknya terdiri daripada
Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM , dua Guru Akademik
 Biasa dan dua orang Guru Agama. Manakala murid-muridnya terdiri daripada murid-
murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dari sekolah-sekolah berhampiran.
 
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini ditubuhkan pada September 2002. SKBB
Mula menerima murid sepenuhnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6 pada awal 2003.
Murid sulung yang menduduki peperiksaan UPSR ialah pada tahun 2003.
Mulai Tahun 2008 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya,
atas kehendak Pihak Berkuasa Tempatan ekoran bertukarnya nama Pekan Batang
Berjuntai kepada Pekan Bestari Jaya. Berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010 nama SK Bestari
 Jaya telah digunakan dengan rasminya.
 

Selamat Datang...